Monday, February 14, 2011

Ikhlas itu datang dgn sendirinya..=)

Perjalanan pulang dari Kepong ke Shah Alam pada hari itu seolah-olah mahu menguji. Baru sahaja menapak keluar dari Institut Penyelidikan FRIM, hujan mula menumpahkan air matanya. Penat rasanya berkejaran untuk ke pintu utama bagi mendapatkan teksi. Setelah menunggu agak lama, teksi pun tiba, lalu membawaku ke Komuter Kepong. Dari Kepong aku mengambil train ke KL Sentral.

Aku kerling handset di tanganku. Sambil menunggu train ke Shah Alam tiba, aku mengeluarkan diari dan mencatat nombor telefon abang. Dia mungkin dalam perjalanan mahu menjemputku. Katanya dia mahu membawaku berbuka puasa dengan makanan laut di sekitar Klang.

Aku bersesak-sesak masuk ke perut train dengan membimbit sample kayu yang bakal diuji kandungan air dan ketumpatannya. Setiap kali train berhenti, setiap itulah aku semakin terperosok di celah-celah manusia. Pelbagai bau dari pelbagai bangsa dapat dihidu. Aku masih bertahan dengan kaki yang masih kejap di lantai train, cuma sesekali tersorong ke hadapan dan belakang. Tiba-tiba air-cond di dalam train tidak berfungsi. Kedengaran dengusan orang ramai menyampaikan rasa tidak puas hati mereka.

" Nek, panas!"

Kedengaran suara manja di hujung sana. Ku pandang pada seorang nenek bersama cucunya. Bukan seorang malah 4 orang. Kukira yang paling bongsu adalah dalam lingkungan setahun, manakala yang lain mungkin bawah umur 7 tahun.

"Sabar ya, kejap lagi kita sampai," pujuk nenek itu.

Anak perempuan itu diam. Terpujuk dengan kata-kata neneknya itu. Tidak lama selepas itu dia merengek lagi. Kali ini dengan lebih kuat. Dia meminta neneknya mengikat rambut panjangnya itu supaya dia lebih selesa berada dalam kepanasan.

"Macam mana nek nak ikat. Adik ni, siapa nak pegang?" Nenek itu mengunjukkan pada bayi yang dikendongnya. Dia kemudian menyuruh cucu lelakinya mengikat rambut adik perempuannya, namun cucunya itu buat tak endah, malah seronok memerhatikan pemandangan di luar train. Akhirnya cucu perempuan itu menangis.

Nenek itu bercerita kepada perempuan di sebelahnya akan hasratnya mahu membawa anak-anak itu bersiar-siar memandangkan anak dan menantunya bekerja. Wajah tua itu sungguh mengingatkan aku pada emak di kampung. Aku jatuh kasihan, pada nenek itu. Sudahlah membesarkan anak, kini anak kepada anaknya pula yang harus dikendong ke sana ke mari.

Benarlah, pengorbanan ibu tak pernah ada titik noktahnya. Jika masa kecil dia yang menjaga makan minum kita, sehingga kita dewasa dan berumah tangga pun kita masih menyusahkan mereka.

Malah ada diantara kita yang sanggup tinggal bersama ibu bapa demi mahu menjimatkan kos penjagaan anak. Ibulah yang menjaga makan minum, membasuh berak kencing si kecil, menidurkan dan melayan pelbagai ragamnya. Si anak pula setelah pulang bekerja hanya tidur kepenatan.

Hujung bulan, dihulurkan seratus dua kepada ibu, Saguhati membesarkan mereka sewaktu kecil plus menjaga bayi mereka. Sungguh jimat! Kalau dihantar ke pusat penjagaan tentunya lebih mahal, ditambah pula komisyen kepada ibu bapa. 2 in 1, senang.

Suara anak itu menangis mengasak pendengaran. Semua yang berada berdekatan saling berpandangan, namun tidak ada yang melakukan gerak balas.

"Akukah yang harus bertindak ? hatiku bertanya.

'Ah, nanti orang cakap nak tunjuk baik pulak. Hipokrit,"

Anak kecil itu masih menangis.

'Ah, biarlah, orang lain kan ada. Kejap lagi ok la tu. Budak kecik biasalah'. Syaitan mula berbisik di telingaku setelah melihat aku semakin goyah. Tangisan anak itu makin kedengaran kuat sehingga menarik perhatian semua penumpang.

'Macam mane ni?' Aku pula ibarat cacing kepanasan.

Sejujurnya, aku tidak sampai hati. Aku sedar selama ini perasaan itulah yang tumbuh subur dalam diriku. Perasaan belas kasihan yang mendorong setiap manusia untuk melakukan kebaikan. Demi Allah, aku tidak rela ia hilang berdikit-dikit ditelan sifat pentingkan diri. Aku semakin berdebar-debar. Mahu atau tidak, aku yang memilihnya, dan aku sesekali tidak akan rugi apa-apa. Waktu itu hatiku berbisik.

"Kalau benar inilah hipokrit, maka lesapkanlah pahala dari perbuatanku ini. Aku tidak mengharapkan pahala bagi perbuatanku ini,"

Aku berjalan berhati-hati bimbang terjelepok di lantai train yang semakin laju bergerak. Sekali sekala aku berpegang pada tiang. Aku tahu banyak mata yang sedang memerhatikan. Mungkin berfikiran akan rasionalnya aku bergerak dalam keadaan yang bersesak-sesak. Banyak juga yang sedang menghakimiku. Dalam terketar-ketar, aku meletakkan sample kayu, lalu ku gapai rambut halus si kecil dan kuikat tinggi-tinggi ibarat ekor kuda.. Anak kecil itu diam, merelakan. Sungguh manja sekali. Si kecil melihatku dengan wajah hairan, akhirnya dia tersenyum. Tangisannya hilang sama sekali. Sesekali kulihat dia bermain-main dengan tocangnya itu.

"Terima kasih, ya'' ucap nenek itu. Berharga sungguh ucapan itu padaku. Aku tersenyum bangga. Ada rasa bahagia mengalir ke dasar hati. Perbuatan yang sungguh mudah, senang dan menggembirakan, namun tak ramai, yang mahu melakukan. Aku sedar, daripada perbuatan kecil mahupun besar, masing-masing mempersoalkan keikhlasaan, walhal keikhlasan itu adalah terbitnya dari dasar hati.

Dengan izin Allah, kadang-kadang Dia akan menunjukkan keikhlasan kita, mungkin daripada gaya percakapan kita, air muka kita yang tenang dan perlakuan kita yang menyenangkan. Dengan adanya keikhlasan dalam diri, kita akan jadi manusia yang redha. Dan bercakap mengenai redha, sebaik sahaja turun daripada train di Shah Alam, aku kehilangan handset. Aku lihat handbagku yang terbuka, lalu menggaru-garu kepala. Aku berteleku di tepi longkang, tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Ternyata memang jodohku dengan handset pink ku itu sampai hari itu, dan aku redha. Bagaimana mahu menelefon abang, nombornya yang baru ada di dalam telefonku. Aku teringat akan diari kesayanganku, yang telah kucatit nombor telefon abang sebentar tadi. Syukur, semuanya bagai sudah diatur oleh Allah. Aku berjalan menghampiri seorang perempuan lalu tanpa segan silu meminjam telefonnya. Nah, ternyata tidak rugi kita menolong orang! Mungkin berkat menolong nenek tadi, lalu mereka yang entah siapa-siapa datang menolongku. Teringat kata-kata professorku semasa kami pulang dari menjalankan projek di Pahang dan Terengganu.

" Tolonglah orang, tanpa mengira sesiapa. Mungkin satu hari orang yang tak kenal kita pula yang akan tolong kita,"

Ia adalah satu pelajaran bagiku. Dengan kehilangan hadsetku tadi, maka abangku telah menghulurkan duitnya supayaku membeli telefon baru. Alhamdulillah, rezeki.

12 comments:

  1. gud job shafeeq! DIA sntiasa tlg hambanya yg ikhlas. keikhlasan dtg dari hati. pedulikan org yg suka menghakimi kita. bhasya! =)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hmm... terharu plak.. slalu jdk gitu... even nk kutip sampah depan mata pon, musti akan timbul dlm hati, satg org kata aq nk tnjuk baik plak... biar la, satg angin bawakla ke tong sampah... contohnye la kan... hmm...
    n ape y Allah tetapkan tu mmg ade hikmah nye tersendiri.. TERBUKTI...

    *masih cuba untuk berubah

    ReplyDelete
  4. anonymous:mane ade abg la..=)
    power:haha..smart kn?
    anonymous:thanx..btw,sape u eh?
    ciklah:yup..pasni,pedulikan ape org kate,kite x leh nak puaskan hati sume org..=)
    puad:ni article..from iluvislam..=)

    ReplyDelete
  5. owh , ingatke kisah idup shafeeq.
    hmm, btol juga . kdg2 tu bile naek bus or tren ade org tua or yg bwk anak , segan pon ade nak bg dorg duduk sbb rase cm t org kate nak tunjuk baek . serba salah , nak bg ke tak , lebih kurg cm dlm article ni la . tp kalo ati tu da ikhlas nak tolong, biakan jela org nak ckp ape . janji kite ikhlas nak buat baek & kite sendiri tawu keikhlasan hati kite . heee . :)

    ReplyDelete
  6. namimah:haha..nope..bukan saye punye cerite.but,interesting story nonetheless,so,i post it here.jgn pk ape org cakap,pk ape yg tuhan ckp kayh?=)

    ReplyDelete