Monday, February 28, 2011

Purely Football matters.Champions League Trophy weh!.=)

entry today is about football..purely football.so,sape2 yg rase rase,'eh,ak pmpn la,x ayu la minat2 bola ni' or 'adoiyai,gile bosan pasal bola,x de cite lain ke,pasal bola jaring ke,petanque ke,renang beriarama ke'

SILA BACK OFF!!!

hahaha..teremo lak..bukan ape.kang ade org x suke.so,bek x yah bace dari awal kan.x pe2.anyway.lets begin my story k?
satu hari,pada hari sabtu yg tenang sepoi2 bahase,angin berkicauan bak burung dilautan(apekah??T_T),ak balik ke Shah alam dari rumah.
tibe2 je,'jom gerak subang,ade CHAMPIONS LEAGUE TROPHY dowh!!'
baru dga CHAMP je ak dah,'JOM!!!'
hoho.
sejarah skit k?
penah dga pasal pasukan bola eropah?Champions League ni adelah tournament di mana semua pasukan2 besar eropah bertanding nutuk tunjuk sape hebat la kn,kalo x, buat ape lawan bola.hohoho.
so,dengan tidak semene2,trophy tu datang ke Malaysia untuk diberi pertunjukan,hoho,BM ak,teruknye.ak pon tnpa melepaskan peluang,pegi tros kat Sunway Pyramid untuk tgok dan tngkap gmba dengan mata kepala ak sndiri la kn.
ni la antara gmbar2 yg dpt..=)

ni la trophy yg diceritakan tu.besar die dalam besar bdan ak jugak le.boleh tahan besaunye.ak ingt kecik je..
si bangge dan si bende yg dibanggekan..=P
ni la baju beckham pakai tyme main.siap ade sign lagi kau.ak ingt nak pecah je cermin tu n bawak lari.tp,saye x sejahat itu kn..=P
ni bola yg telah disignaturekan(hebat x BI cmpur BM ak?=P) oleh semua pemain2 Real Madrid CF(kelab yg ak minat la kn,kalo x,ak x amik la gmbanye)..
semua org yg dapat tgkap gmba dgn trophy tu,akan dpt gmbar polaroid tyme2 tu jugak.kami berempat housemates ni dapat la juge.hee..bkn sng.ak da la main bola pon beterabur lagi,ttbe dpt pegang trophy yg hanya dipegang oleh org2 yg hebat sahaje kn.bangge la.tol x?fine!x elok bangge2.saye tau.T_T
ni but Leonel Messi tyme die score 2 n menang piala tu.kecik je kaki die.lebih kurang kaki ak je.kaki messi=kaki shafeeq.Messi hebat nak mati=????
pikir2kan la ye.
euww!!!=P
but Kaka yg score tyme final..=)..lawa lagi dowh..bagi ak lagi bagus dari buat perhiasan..
ni baju Cristiano Ronal do pakai tyme menang lawan Chelsea untuk menang trophy tu.besa plak ak tgok baju tu.badan die x de la besa mane pon compared dgn ak.wawawa.ye saye salah..T_T
ni glove casillas,keeper Real Madrid.die dah main 100++ games untuk tournament ni which hanya 13 org je yg baru buat.tahniah2..=)

ni bola yg disign Raul Gonzalez,ak pnye idol la untuk main bola.sbb die main kaki kiri je.yg len x main.haha.ak kidal.memang la payah nak sepak kanan kan..=)
ni bola yg disign oleh Zinadine Zidane,afpter die score and menang tahun 2001.lama dah.bola pon da kuning da..=P
ni adelah bola baru unutk tahun ni pnye final,2011.lawa kn?actually,ni dalam kedai adidas,after tgkap gamba,kene marah,hoho..mane bleh tngkap gmba.eh,gmba bola je kot.bukan gmba die.asal marah?=P
ni but bola si Milito yg score tyme final 2010.baru lagi la kn.ade lagi bau2 gol die tu..=P
ni tiket2 final before2 ni.kat Istanbul,Athens and many more.
in fact,tiket untuk final 2011,nak tau hargenye brape?
300 pound kau.ingt murah ke.
kalo convert tu,da same dgn RM 1470.
untuk tgok bola je??
sory skit.x kelapaq cek nak tgok aih.=P
ni plak gmba Heineken Star Experience room.dalam ni ade legend bola which is Gianfranco Zola.tp,for muslims,x leh la masuk sbb dalam tu ade hard drinks kn.so,tgok dari luar je la.actually,Heineken yg taja Champions League ni.tu yg sume bnde ade lambang bintang die tuh.haiya.asal la Proton ke,Perodua ke x taja.
kan senang.boleh tgok sume bnde.
(ingt singgit due ke nak taje bnde ni cek oi?)
=P

after bace entry ni,msti kau igt ak gile bola kn?
ok,fact kedue,ak pnh tgok World Cup dgn ummi,World Cup k,,
but then,,
ak ttido,ummi x tido.
so,ak x de la gile bola sgt kn?=P
oh,btw,ak x reti langsung main bola smpai lah ak form 3.
kaki bangku la kirenye.but,ak berusehe gile2 to x start dari form 3 tu.
nak masuk geng pnye psl kn.padehal x minat langsung pon before tu.
=)


Saturday, February 19, 2011

tekelip-kelip,tekelip-kelip

ak x tau nak ckp macam mane.tp,tu lah citenye..
minggu lepas(ceh,cite mnggu lepas ke) budak umah ngn ak pegi tgok kelip2 kat kg. kuantan.
best weh!
siyes tekejut.
ak dok bayang macam tekelip2 skit2 je.
rupe2 nye,bnyk nak mati mcm pokok krismas.
oh,nk bgto awal2,memang x nmpak if tgkap gmba ok.
so x de gmba menarik.sape nak tgok gmba,back off.
not this time.
hoho.jahat plak ak rase.
btw,perjalanan dari shah alam ke sana ialah sejam lebih jugak lah.jauh juge.
da la ngn x tau jalan.tp,pegi je la.hapal jalan dalam google maps je.
hebak kn?
hoho.
oh,senang je nk nmpak act.sbb tmpat tu ade papan tande besau.
RM10 sekepale.naik smpan dalam sejam gak a..

kalau nmpak,bace ye..=P
Awas okey!!kawasan pelindungan.jgn bunuh sape2 pon kat sini..~
sorg bukan housemate,lagi 3 tu housemate..haa,mcm ni la smpannye.ade sorg housemate ak takut pe jadah tah.relax sudah.pkai life jacket kot.kalo jatuh pon x tenggelam pnye pun..=P
oh,smpan tu kecik n dekat je ngn air.cuak jugak la kalo x bese.tp,tgh tgok kelip2 tu,x kesah lngsung.
pegi la kalau rase mcm kau tu org selangor.asyik nak pgi jauh2 je.pdhal,kat slangor ni pon bnyk je tmpat best.

oh,ucapkanlah subhanallah bile tgok k?
bukan saje2 je pegi.
muhasabah n pk balik yg Allah da jadikan kite sebaik2 makhluk bukan untuk kite salah gune kn diri kite kn?
x kan bile da kene sumpah jadi kelip2 baru pk nak betaubat?
kelip2 pon silap lagi bnyk bezikir dari kite yg ade mulut ni.
enjoy!~~

Monday, February 14, 2011

Ikhlas itu datang dgn sendirinya..=)

Perjalanan pulang dari Kepong ke Shah Alam pada hari itu seolah-olah mahu menguji. Baru sahaja menapak keluar dari Institut Penyelidikan FRIM, hujan mula menumpahkan air matanya. Penat rasanya berkejaran untuk ke pintu utama bagi mendapatkan teksi. Setelah menunggu agak lama, teksi pun tiba, lalu membawaku ke Komuter Kepong. Dari Kepong aku mengambil train ke KL Sentral.

Aku kerling handset di tanganku. Sambil menunggu train ke Shah Alam tiba, aku mengeluarkan diari dan mencatat nombor telefon abang. Dia mungkin dalam perjalanan mahu menjemputku. Katanya dia mahu membawaku berbuka puasa dengan makanan laut di sekitar Klang.

Aku bersesak-sesak masuk ke perut train dengan membimbit sample kayu yang bakal diuji kandungan air dan ketumpatannya. Setiap kali train berhenti, setiap itulah aku semakin terperosok di celah-celah manusia. Pelbagai bau dari pelbagai bangsa dapat dihidu. Aku masih bertahan dengan kaki yang masih kejap di lantai train, cuma sesekali tersorong ke hadapan dan belakang. Tiba-tiba air-cond di dalam train tidak berfungsi. Kedengaran dengusan orang ramai menyampaikan rasa tidak puas hati mereka.

" Nek, panas!"

Kedengaran suara manja di hujung sana. Ku pandang pada seorang nenek bersama cucunya. Bukan seorang malah 4 orang. Kukira yang paling bongsu adalah dalam lingkungan setahun, manakala yang lain mungkin bawah umur 7 tahun.

"Sabar ya, kejap lagi kita sampai," pujuk nenek itu.

Anak perempuan itu diam. Terpujuk dengan kata-kata neneknya itu. Tidak lama selepas itu dia merengek lagi. Kali ini dengan lebih kuat. Dia meminta neneknya mengikat rambut panjangnya itu supaya dia lebih selesa berada dalam kepanasan.

"Macam mana nek nak ikat. Adik ni, siapa nak pegang?" Nenek itu mengunjukkan pada bayi yang dikendongnya. Dia kemudian menyuruh cucu lelakinya mengikat rambut adik perempuannya, namun cucunya itu buat tak endah, malah seronok memerhatikan pemandangan di luar train. Akhirnya cucu perempuan itu menangis.

Nenek itu bercerita kepada perempuan di sebelahnya akan hasratnya mahu membawa anak-anak itu bersiar-siar memandangkan anak dan menantunya bekerja. Wajah tua itu sungguh mengingatkan aku pada emak di kampung. Aku jatuh kasihan, pada nenek itu. Sudahlah membesarkan anak, kini anak kepada anaknya pula yang harus dikendong ke sana ke mari.

Benarlah, pengorbanan ibu tak pernah ada titik noktahnya. Jika masa kecil dia yang menjaga makan minum kita, sehingga kita dewasa dan berumah tangga pun kita masih menyusahkan mereka.

Malah ada diantara kita yang sanggup tinggal bersama ibu bapa demi mahu menjimatkan kos penjagaan anak. Ibulah yang menjaga makan minum, membasuh berak kencing si kecil, menidurkan dan melayan pelbagai ragamnya. Si anak pula setelah pulang bekerja hanya tidur kepenatan.

Hujung bulan, dihulurkan seratus dua kepada ibu, Saguhati membesarkan mereka sewaktu kecil plus menjaga bayi mereka. Sungguh jimat! Kalau dihantar ke pusat penjagaan tentunya lebih mahal, ditambah pula komisyen kepada ibu bapa. 2 in 1, senang.

Suara anak itu menangis mengasak pendengaran. Semua yang berada berdekatan saling berpandangan, namun tidak ada yang melakukan gerak balas.

"Akukah yang harus bertindak ? hatiku bertanya.

'Ah, nanti orang cakap nak tunjuk baik pulak. Hipokrit,"

Anak kecil itu masih menangis.

'Ah, biarlah, orang lain kan ada. Kejap lagi ok la tu. Budak kecik biasalah'. Syaitan mula berbisik di telingaku setelah melihat aku semakin goyah. Tangisan anak itu makin kedengaran kuat sehingga menarik perhatian semua penumpang.

'Macam mane ni?' Aku pula ibarat cacing kepanasan.

Sejujurnya, aku tidak sampai hati. Aku sedar selama ini perasaan itulah yang tumbuh subur dalam diriku. Perasaan belas kasihan yang mendorong setiap manusia untuk melakukan kebaikan. Demi Allah, aku tidak rela ia hilang berdikit-dikit ditelan sifat pentingkan diri. Aku semakin berdebar-debar. Mahu atau tidak, aku yang memilihnya, dan aku sesekali tidak akan rugi apa-apa. Waktu itu hatiku berbisik.

"Kalau benar inilah hipokrit, maka lesapkanlah pahala dari perbuatanku ini. Aku tidak mengharapkan pahala bagi perbuatanku ini,"

Aku berjalan berhati-hati bimbang terjelepok di lantai train yang semakin laju bergerak. Sekali sekala aku berpegang pada tiang. Aku tahu banyak mata yang sedang memerhatikan. Mungkin berfikiran akan rasionalnya aku bergerak dalam keadaan yang bersesak-sesak. Banyak juga yang sedang menghakimiku. Dalam terketar-ketar, aku meletakkan sample kayu, lalu ku gapai rambut halus si kecil dan kuikat tinggi-tinggi ibarat ekor kuda.. Anak kecil itu diam, merelakan. Sungguh manja sekali. Si kecil melihatku dengan wajah hairan, akhirnya dia tersenyum. Tangisannya hilang sama sekali. Sesekali kulihat dia bermain-main dengan tocangnya itu.

"Terima kasih, ya'' ucap nenek itu. Berharga sungguh ucapan itu padaku. Aku tersenyum bangga. Ada rasa bahagia mengalir ke dasar hati. Perbuatan yang sungguh mudah, senang dan menggembirakan, namun tak ramai, yang mahu melakukan. Aku sedar, daripada perbuatan kecil mahupun besar, masing-masing mempersoalkan keikhlasaan, walhal keikhlasan itu adalah terbitnya dari dasar hati.

Dengan izin Allah, kadang-kadang Dia akan menunjukkan keikhlasan kita, mungkin daripada gaya percakapan kita, air muka kita yang tenang dan perlakuan kita yang menyenangkan. Dengan adanya keikhlasan dalam diri, kita akan jadi manusia yang redha. Dan bercakap mengenai redha, sebaik sahaja turun daripada train di Shah Alam, aku kehilangan handset. Aku lihat handbagku yang terbuka, lalu menggaru-garu kepala. Aku berteleku di tepi longkang, tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Ternyata memang jodohku dengan handset pink ku itu sampai hari itu, dan aku redha. Bagaimana mahu menelefon abang, nombornya yang baru ada di dalam telefonku. Aku teringat akan diari kesayanganku, yang telah kucatit nombor telefon abang sebentar tadi. Syukur, semuanya bagai sudah diatur oleh Allah. Aku berjalan menghampiri seorang perempuan lalu tanpa segan silu meminjam telefonnya. Nah, ternyata tidak rugi kita menolong orang! Mungkin berkat menolong nenek tadi, lalu mereka yang entah siapa-siapa datang menolongku. Teringat kata-kata professorku semasa kami pulang dari menjalankan projek di Pahang dan Terengganu.

" Tolonglah orang, tanpa mengira sesiapa. Mungkin satu hari orang yang tak kenal kita pula yang akan tolong kita,"

Ia adalah satu pelajaran bagiku. Dengan kehilangan hadsetku tadi, maka abangku telah menghulurkan duitnya supayaku membeli telefon baru. Alhamdulillah, rezeki.

Friday, February 11, 2011

Valentine's Day vs Muhammad P.B.U.H Birthday


Let's start our topic today with a beautiful but have been made sinful by most of the people out there..

LOVE

What a beautiful word is it?
we have follow at least 2 out of 3 main things that will influence the way of life of ours from the western countries that have invade our country long ago.
1:Education System
2:Legislation System(or laws to be simple)
3: Culture's and Festival(atau name melayunye,perayaan)

the 3rd one,some we follow.some we did not.
then,why we want to follow the same culture as they have if we know it will bring problems only??
on 14th February,the wholewide world will be celebrating the day that we call Valentine's day.
the story behind it?
St. Valentine,a priest has been caught and jailed in the past.
in the jail,he continue to preach and give sermon and talk about christianity which in that time,the king are very mad with the church because it seems like,the religion is powerful than he is.
so,he has been tortured severely until one day,he was sentenced to death.
before that,he has fallen in love with one of the jail officer's daughter.
so,before he has to be sentenced to death,he wrote a letter to her lover like this:-

they can kill me but they can't kill my love to you.
i will remember you eternally and i hope we will be together in the heaven.
bla,bla,bla,bla.
(ak x ingt act,haha)
from ur love,
Valentine

because of this letter,the love has spread around the world.
and to commemorate(untuk memperingati la,saje je tulis BI,nmpak gmpak skit..=P..) this lovely priest whose love is not fulfilled,the valentine's day is created.
end of story.
so,why we(bukan ak ok) celebrate this day?
to show our love?
to pretend that our love is so big?
to show to our lover that we love her/him so much?

x lain dan x bukan dan memang pon hanyalah agenda org yahudi dan nasrani untuk menyesatkan umat islam lagi.

'Orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka'(Al-Baqarah-120)

ade ke kite kene hari tu je tunjuk kite sayang gile2 kat org tertentu?
hari2 la patutnye.
xkan sehari tu je kan.
itule citenye.cukup2 la nak becinte cek oi.payah.ingt sng ke nak jage hati org,ape tah lagi nak memuaskan hati org,baik laki ke pmpn ke.
'saye nak try je,bukan nak becinte sakan pon,nnti da besa carik la org lagi baik'
bnyk la kau.kalau ko nak try,x yah la try kat anak org lain.ingt die x de mak ayah yg tatang die macam minyak penuh,then ko senang2 je hirup madunye??
ingt jage anak sorg x smpai beribu2 ringgit setahun?
pikirlah same2.
mak ayah mane nak anak2 die angkut anak dare org malam valentine's day untuk dinner n berkasih-sayang?mak ayah mane yg nak anak die diangkut 'balak'nye untuk lepak kat tasik tengok bulan smbil makan KFC sempena malam Valentine's day?(ak x pnh buat ok,tp,ni kire romantik a tu kn..=P..)

sempena 14 februari ini,kite kene ingt,15 februari tu bersamaan dgn,dgn,dgn,ape??
x tau hari ape tu??
that's the day when the Greatest lover of Allah has been born to the World.

Muhammad P.B.U.H(Peace be upon him,untuk sape2 yg x paham tajuk tadi..=)...)

Kenapa die kekasih Allah yg paling disayangi?
ada bnyk sebab.hanya dua yg dapat diberi contoh.
sebab pertama,kite hayati kisah berikut.
(kisah hanya rekaan semata2.)

ade sorang ni,namenye Jhonny Depp.
die ajak kawan die namenye Brad pitt n Tom cruise pegi solat jemaah.

JD:weh,jom solat jemaah kat masjid.tau x pahala yg dapat?27 kali ganda to x.
BP n TC: alah kau.cakap lebat.kau try beli kuih tengok gune pahale,bleh dapat berape bijik.x pandang la weh.
JD:(pulang dengan rasa hampa tetapi beharap tuhan akan mengubah mereka)

Ok.payah nak analogikan sebenarnye.
Rasulallah ajak penduduk Taif menyembah Allah.
tp,die dibaling dengan tahi,batu dan segala bnde yg boleh dibaling hingga kasutnya dipenuhi darah.die tidak menangis walau setitik pon.kalau kite,da meraung a kn.
malaikat jibril pon datang kepadanya.

'wahai nabi Allah,ak boleh angkat gunung itu dan dihempapkan ke atas mereka2 yg kuang ajaq sangat tadi'
Rasulallah menjawab:ya jibril.janganlah kau buat begitu(smbil menangis).mereka masih umatku.ak hanya meminta kepada allah untuk membuka pintu hati mereke.

ade ke org boleh buat macam tu.
ini adalah salah satu kisah yg sgt menunjukkan ke'extreme'man apabila org buat jahat,jgn lah kite buat jahat balik kat die,buat lah baik.nescaya kite akan dapat pahala.

dan sebab yg kedua kenapa Muhammad adalah kekasih Allah yg paling disayangi.
ada org boleh buat?
tyme die sedang menanggung kesakitan ketika nazak,die boleh teringat kesakitan waktu mati org lain,walhal org itu tidak dikenalinya langsung?
RasulAllah S.A.W,waktu nazaknya,sempat lagi berkata,
'ya jibril,sakitnya mati.kalau boleh,kau bebankanlah kesakitan mati umat2 ku kepada ku supaya mereka tidak mati dengan kesakitan sebegini'.
Allahuakbar.
smpai mcm tu skali wahai kawan2.

skarang,adakah kita nak smbut valentine's day sbb die pnye 'cinta' x kesampaian?
atau kita nak smbut Maulidur Rasul untuk menunjukkan cinta kita kepada RasulAllah S.A.W?

fikir sndiri dan ingat sntiasa dalam hati sanubari,
kalaulah RasulAllah hidup di zaman ini dan jumpe kite tgh lepak2 bepoye2 ngn kawan2,
suke ke die??
macam ni ke org2 yg die snggup menanggung sakit,perit waktu nazak untuk mereke?

yeah,i admit,life is nothing without love.
but,love that have been put in the right,proper place is everything.


spread the love my friend.
love you all..
^_^







Mubarak will most probably quit!!!

After almost 3 weeks of agony n pain in Egypt,
they will most probably be free by thursday night.
insyaallah..
mubarak said that he maybe quit toninght.
we'll wait n see.

pray for egyptian.

for more info,click the link below.
http://news.yahoo.com/s/nm/20110210/wl_nm/us_egypt

Thursday, February 10, 2011

Penang,KL,Shah Alam...

every tempat act ade bnde best bleh buat.
tp,masalahnye,ak x terase tmpat tu best pon.
cume,ciptaan tuhan ni,sape yg nak appreciate kn.
but,from now on,ak dah vows that sume tempat yg ak pegi,nak tgkap gmba.
sbb,nnti2,mane a tau tmpat tu dah x de.kn.
bukan sng nak tunjuk kat cucu-cicit nnti..
hohohoho.
(ak terase tue)
T_T

1st place:
Penang.
last weekend,ak pegi balik kampung.x kesa la kan ak nak balik ke x.
ye ak tau,korang bukan kesah pon.
tp,nak cite yg mane a tau jmbatan tu dirobohkan ke nnti
kan payah.
so,ak amik la gmba bak satu due kn.
buat kenangan la.
ekau2 sume mane ade kmpung kat penang kn??
(macam la ak sorang je kmpung kat penang..T_T)

dalam kete ni.tgok a belah mane.belah kanan ni.haha.tgkap gmba mase drive.
polis x tahan tau.
sbb kite bkn tgh becakap gune tepon tyme drive.
tngkap gmba je.
T_T

2nd place:
Tasik titiwangsa.
last weekend,ade dinner dgn org yg organize kami2 kat brunei.
kami bawak la die ke restoran nelayan kat tasik titiwangsa ni.
n,janji nak kumpul pkl 12.
so,pkl 12 la citenye kn.
ak gerak dari umah pkl 10.30 pagi.
smpai,baru pkl 11.30 pagi.
duduk la seseko kat tepi tasik tu.x ramai org sbb tgh raye cine.
u know wut,tunggu diorang tu,smpai bedarah kaki,patah tulang blakang,meletop2 jari ak rase.
(best x hyperbola ak?=P)
janji pkl 12.diorang datang nak pukul 1!!!!!!!!
adoiyai.
ak pon duduk la sorang2 kat tepi tasik tu tunggu.
janji kene tepat ye adik2 lain kali.

ni ha gmbanye.smpat la snap satu due.
tgh makan aiskrim.
tenang weh kat sini.
betol la org kate,tgok air mengalir tenang je fikiran.
=)

3rd place:
Pusat Akuatik Shah Alam
kami budak rumah pegi mandi kat kolamm!!!!
dalam wow!
2.5 meter kat tepi,tgh 3 meter kot.
kire sakit telinga a kalo masuk dalam air tu.
but,x leh mandi lame sbb da dkt nak maghrib.
airnye sejuk la alahai.
x leh la ak mandi lame.
kawan ak cite,die boleh berenang 10 kali patah balik tau.
ak nak smpai hujung ke hujung tu,mencungap mcm kerbau dah ni ha.
haha.
x leh2.
stamina ak out la.
hisy.
better start jog from now on!!
(sembang lebat mat!)
=P
ni ha gmba kat dalam tu.kitorang mandi kat tepi2 belah kanan tu je.
ak x reti lompat gune bnde terjun ni.
tp,ade sorg kawan aja.skang ni,da ok skit a.
x de a kene badan then bunyi gedebuk.
sakit woo!!
=P

oh,nak cite gak.after balik dari pusat akuatik ni,ak ngn housemate jatuh motor!!
haha.
this is my first time n my lawakiest time la jatuh moto.
ade ke langar pelepah klape je jatuh.
dpn umah plak tu.makcik sebelah da pandang2 dah.
hadoiyai.
kepada roomate ku.
saye x sengaje.gelap weh,x de lampu,mane nak nmpak..=P


Saturday, February 5, 2011

Egypt,Mesir,the truth n lies...


selepas sminggu ak tangguh nak post bnde ni,ak nak jadi antara org2 yg beriman berdasarkan hadis nabi S.A.W di bawah:

tidak beriman seseorang itu melainkan die menyayangi saudaranya lebih dari dirinya sendiri.

start dari mula k?=)

ingt nama mereka bertiga ini elok2,tanam dalam kepala.
Jamal Abdul Nasir,Anwar Sadat,hosni Mubarak.
apekah persamaan mereka bertiga di atas??
ya,ya,ya.
ya,mereka bertiga adalah pemimpin yang membawa 'keamanan' kepada mesir.
ya,mereka inilah yang mengekalkan mesir dalam keaadaan asal dan tidak diserang oleh amerika dan sekutu2 nya selepas perang arab-israel.
dan,ya,
mereka inilah contoh pemimpin yg menggunakan hasil kekayaan negara untuk mereka sahaja.


Jamal Abdul Nasir.
pemimpin mesir ini yg membawa kepada perubahan mesir dari negara monarki ke republic.
oh korang x to pe bnde tu ea?
monarki tu,negara diperintah raja.
republic tu,negara diperintah oleh presiden.
tau mcm mana die buat?
die komplot dgan US n UK supaya jgn bg support kat raja mesir,waktu tu namenye King Farouk,so dgn mudahnya,King tu dibuang negara dan die n general die,Naquib jadi president dan General.
ok,time goes on,naquib semakin dipandang baik sbb naquib mendapat sokongan dari ikhwanul muslimeen(Ikhwanul muslimeen ni adalah gerakan yg di asaskan oleh imam Hasan al-Banna,creator of alma'thurat in case ade yg x tau) dan jamal Abdul Nasir semakin dipandang buruk kerana jadi General.
die x puas ati a kan,n nak jadi president.=P
so,die kidnap si president,then trus isytihar diri die jadi prsident baru.
gile x malu kn?(sbnarnye lagi complicated dari ni,saje je pendekkan n buat jadi menarik..=P..)
die x stop di situ je.
then,after that,die tangkap 20,000 orang kerana mengganggu keselamatan negara dan tanpa bicara dijatuhkan hukuman(have u ever heard of that in Malaysia?think..=)..).
sape yg ditangkap??
kebanyakan nya ialah ahli ikhwanul muslimeen yg matlamat mereka ialah untuk menubuhkan kerajaan islam dan membebaskan Palestine.
speaking of palestine,mase Israel serang Palestine in 1955,die bleh duduk diam je???
Moga Allah membalas segala perbuatan anda wahai Jamal.
dipendekkan cerita,die mati sakit jantung dan Anwar Sadat membaca al-quran di sisinya semasa die meninggal.


Anwar Sadat.
rakan baik Jamal Abdul Nasir dan juga naib president Mesir.
selepas Jamal mati,die jadi president pulak lah kn.
kate negare satu parti politik je.u cant belive it??tu lah hakikatnye.
satu parti politik je.x de parti lain.oh,die ni ade baiknye jugak.at least,die try untuk perang israel tu,n menang.(lawan Ariel Sharon plak tu).
tp,disebabkan perang ini jugaklah,die akhirnya jadi org yg pertama recognise Israel as a country.
nauzubillahiminzalik.
die start dgn peace traty dengan Israel smpaikan,satu dunia marah sbb die recognise israel.
tp,US n western country sume suke la kn.
but,satu hari,takdir telah menjatuhkan bahawa,
ANwar Sadat bukanlah president Mesir untuk masa yg panjang.
semasa hari peringatan kemenangan atas israel,die dibunuh oleh seorang askar,di bomb dan ditembak untuk nmpak lagi dramatik.
general di sisinya iaitu hosni mubarak juga cedera di tangan.
berakhirlah riwayat si kuku besi anwar sadat.
my favourite quote of him..

"Russians can give you arms but only the United States can give you a solution."


hosni Mubarak
ok.bnyk act nak cite pasal die ni.tp,ak pendekkan je sbb die ni memang da msuk dalam Parade Magazine's 2009 World's Worst Dictators list.so paham2 sndiri la k?erm,after 6 hari je,ulang suara,6 hari je si anwar sadat dibunuh,tros die announce jadi president.n, nak nampak die memang ditaktor sejak azali,die buat 3 kali pilihan raya,tapi dgn calon nye die seorang sahaja.
oi.
malaysia pon bagus lagi la.
ok2,back to mesir.
tp,after that,die mcm nak tutup la kesalahan die skit.die buat pilihan raya 2005 dgn terbuka dan first time dalam hidup org mesir,mengundi bnyk calon.tp,dalam masa yg sama,Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR),paper,TV,sume bwah tgn die.
n,guess sape menang?jeng2.
oh,x yah jeng3.
die la menang.
n,die guna undang2 emergency law mesir,which stated,
any man can be detained with or without any reason and imprisoned for suke hati mak bapak hosni mubarak berape lame(oh kuang ajarnye bahasa saye,for this time only ok kot).
undang2 ape ni??
tolong lah faham perasaan rakyat mesir yg ayah,mak mereka di tangkap tnpa bicara.itupon nak jugak hosni mubarak ni troskan lagi jadi president even after 30 years of hell in charge???
please la..T_T

and on 25th january of 2011,,
the people of Egypt had enough.
they go to the street,x kesah la ade 500,000 org polis pon(yup,diorang ade 500,000 org polis n more actually yg boleh tangkap diorang bile2 je) dan berarak memintak hosni mubarak,tolong lah berenti.
x cukup ke pnyeksaan ke atas rakyat sndiri yg kau da buat..
x cukup ke ko bagi gaji doktor hanya 100 dollar?
x cukup ke kau buat pegawai kerajaan terpaksa kerja petang as taxi driver?
x cukup ke kau biarkan pintu sempadan palestine tertutup apabila mereka memerlukan bantuan?

Ya tuhanku,Save Egypt from this Firaun.
Ya tuhanku,help all my brothers n Sister in Egypt.
Ya tuhanku, Save them from any other 'good n charismatic' presidents.

pray for our brothers n sisters in Egypt my friend.
because,i hope,it will not happen in our beloved country.

ps-hosni mubarak punya kekayaan di estimate sebanyak 40-70 billion USD..
die buat facebook ke kaye sgt ni??????

all the tragic pictures of egypt's people who want a free country...





i've done my part to tell you.
now its your part to act now before its to late.
pray n tell others about our fellow human in egypt..
=)

enjoy the video..=)

video


Tuesday, February 1, 2011

bile developer buat hal..

haa.today nak cite tntang org2 yg teranaiya(eje mcm mane tah,ak B BM dulu.tau.T_T)
ok.citenye cmni.bile anda2 sume,yes,kamu juge,membeli umah,kamu ade pilihan sama ada nak beli umah yg dah siap atau sedang dibina.
kalau rumah yg dah siap,harganya lebih mahal berbanding umah yg sedang dibina.
tetapi,advantagenye ialah,umah tu da siap.kalo beli umah sedang dibina,ade potensi umah tu x kan siap2 smpai kiamat.paham?(x de la smpai kiamat,tu hyperbola je ok?)

ok peristiwa yg berlaku ialah,ada sepasang suami isteri membeli rumah,tnpa mngetahui bahawa rumah yg dibeli dibina oleh pemaju(or developer in english) yg sgt tekenal dgn sikap x siapkan rumah,amik duit then bia je x siap.
setelah beberape tahun,beberape bantahan,beberape saman,beberape solat hajat perdane,baru lah umah tu siap.tp,x dpt lagi kunci!!!
oh beberape tahun tu is,,
2004-2011=7 tahun!!
die ingt ni buat pusat nuklear ke nak siap smpai 7 tahun lamenye.
haisy.
so,penduduk2 di sini buat la solat hajat sikit.ak ade di tmpat kejadian..
ni gmba surau die.baru je siap.diorang tgh susun2 sejadah..
yg tgh tu YB Saari Sungib.Adun kawasan ampang jaya kalau x silap.hopefully,dgn adenye YB ni,cepat la skit siap umah tu.bkn ape,org yg beli tu,ade yg beli tyme before kawin,smpai skang ni da anak due dah pon,x siap2 lagi to x!pstu diorang mnyewe agi.sian2.

oh intersting point is,YB is org yg zuhud.sbb,ikuti perbualan di bawah,,,

A:ak ingtkan kete persona sape la tadi parking sblah ak.
B:kete sape?
A:kete YB la.yela.ko tau,kawan ak baru jadi timbalan UMNO(kawasan mane x igt),da pkai perdana.baik la YB ni.cakap pon bgus,smngt je..
B:btol dowh.

ni la gmba umahnye.=)

(pngsapuri di atas adalah Sri Hijauan di Ukay Perdana)

ps:-kalo ade developer name TALAM PROPERTIES,jgn beli ok!!!
sbb diorang ni mmng talam 100 muke.x siap pnye..
ak da bg amaran kn.so,kalo nak beli jugak,beli la..=)